oh perjalanan kita masih jauh
jalanan berliku bakal kita tempuh
imbaslah kenangan semalm
jadi azimat penguat semangat
menepuh masa hadapan
harapan ku kan kan bahagia selalu
semaikan la bingkisan rindu di kalbu...
*AMALIA dan LIYANA perjalanan kita masih belum terhenti,
jangan lupakan kami. Teruskan perjuangan kamu di luar sana.
Kenangan bersama kamu akan kami semat di hati dan tak mungkin akan hilang.
Tuesday, November 10, 2009
HARAPAN KU KAU TETAP SETIA
Posted by Soul of Muslimah at 5:21 AM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
MAAF DI ATAS KESIBUKAN
Kami SOUL OF MUSLIMAH...ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak up date blog ini...kami masih bersekolah, jadi terpaksa berjuang demi masa depan kami...
Kami juga ingin memohon maaf jika terpaksa menghampakan beberapa pihak kerana tidak dapat memenuhi beberapa permintaan jemputan persembahan, ini di sebabkan kesibukan untuk persediaan peperiksaan yang semakin hampir...
Apa-apa pun kami akan cuba untuk mempertimbangkan jemputan persembahan semampu kami.
Posted by Soul of Muslimah at 12:02 AM 0 comments
Thursday, July 23, 2009
KAMI NIAT DAKWAH!!
Tujuan kami menubuhkan kumpulan ini kerana ingin mempengaruhi rakan-rakan untuk meminati nasyid kerana nasyid dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T. Seperti yang kita tahu, pelbagai masalah sosial yang di lakukan oleh manusia zaman sekarang, terutamanya para remaja. Dengan adanya nasyid, sedikit sebanyak kita akan dapat mempengaruhi pemikiran mereka dan menghalang mereka dari terjerumus ke jalan maksiat,(Insya-Allah). Kami mahu membantu rakan-rakan kami yang terjerumus kepada masalah tersebut. Sebelum kami membantu mereka kami harus MENGANALISA diri kami dulu. Semua manusia tidak sempurna, tetapi Allah pasti akan membantu kita untuk menjadi seorang hamba yang lebih baik.
Posted by Soul of Muslimah at 6:52 AM 0 comments

